-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SELAMAT DATANG KE BLG YATIMAHMOOD

 

Pages

  • HOME
  • SIRAH
  • FEQAH
  • HADIS NABI

Search This Blog

SIRAH

SIRAH TAHUN 4


Pengenalan
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat teguh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang setiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.ia berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Kafir Quraisy Mekah.Peperangan ini juga dikenali dengan nama perang Sofwan dan Bainalaqqawalbaathila yang bermaksud menentukan  antara kebenaran dan kesesatan.

Tarikh dan Tempat berlaku
  • perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah,bersamaan 13 januari tahun 624 Masehi.
  • Ia berlaku di sebuah lembah di antara Mekah dan Madinah.
Sebab-sebab berlaku
  • Kaum Musyrikin mahu membunuh Nabi Muhammad SAW dan menghapuskan orang Islam, ini disebabkan Nabi Muhammad SAW menyelar agama berhala,iaitu agama nenek moyang mereka.
  • Kaum Kafir Musyrikin mekah yang terus bercita-cita untuk menghancurkan pengaruh Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW.    
Bilangan tentera:
  Tentera islam - 313 orang    Tentera kafir - 1000 orang
ketua tentera
   Tentera islam - Rasllullah S.A.W      Tentera kafir - Abu Jahal bin hisham
 Peristiwa peperangan. 
Kedua-dua pihak bertemu di lembah badar, maka berlaku  cabar-mencabar diantara panglima perang islam dan kafir musyikin. Rasullullah S.A.W telah memilih panglima yang handal dikalangan muhajirin iaitu :
  • Ubaidah Bin Al Harith 
  • Hamzah Bin Abdul Mutalib 
  • Ali Bin Abi Tholib
panglima kafir musyikin 
  • Utbah Bin Rabi`ah
  • Syaibah Bin Rabi`ah
  • Al Walid Bin Utbah
  peperangan berlaku dengan  sengit dan hebat dan berakhir dengan kemenangan pihak tentera islam dan ramai pihak tentera kafir musyrikin melarikan diri dan menyerah kalah. Didalam peperangan ini  Rasullullah S.A.W memohon doa dari Allah S.W.T.

Allah berfirman yang bermaksud :"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu dengan firman-Nya. "Sesungguhnya aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera ) dari malaikat yang datang berturut-turut. “                                          
  (surah al anfal : ayat 9)
Bilangan tentera yang terkorban :
  •   Tentera Islam - Seramai 14 orang 
  •   Kafir musyrikin - 70 orang termasuk Abu Jahal ) 
Kesan dan iktibar peperangan :
  • Tentera islam mula digeruni dan disegani oleh pihak musuh.
  • Pengaruh dan kekuatan islam semakin berkembang di semenanjung arab.
  • Pengaruh kafir musyrikin semakin lemah.


______________________________________________
 
           SIRAH  TAHUN 1
  • BIODATA RASULULLAH SAW
              Nama  
Muhammad Bin Abdullah 
bin Abdul Mutalib 
bin Hashim  bin Abdul Manaf
              Tarikh 
 Hari Isnin.                   
 Waktu subuh.                    
12 RabiulAwal.                    
Bersamaan 20 April 571 Masehi.                    
Tahun gajah.
              Tempat  
Mekah Al-Mukarramah  
Rumah Abu Talib bin Abdul Mutalib
              Keturunan 
               Bani  Hasyim 
       Nama Ayah
Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim
              Nama Ibu
          Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf
             Wafat
             Hari Isnin
         12 Rabiul Awal Tahun Ke 11 Hijrah
         Bersamaan 8 Jun 632 Maseh
         Waktu Dhuha


               Tempat  
 Madinah al Munawarrah 
            Rumah Saidatina Aisyah binti Abu Bakar
        Isteri Rasulullah
                 Usia        
                          63 Tahun
                 Sebab Kewafatan
             Deman panas dan sakit kepala



Follow This Blog !!!

   

Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Facebook Badge

Norhayati Mahmood

Create Your Badge

TENTANG SAYA

+ NORHAYATI BINTI MAHMOOD
+ STUDENT AT KUIS
+ STAY KUALA LUMPUR
+ TEACHER

Blog Archive

  • ▼ 2012 (1)
    • ▼ Feb (1)
      • ▼ Feb 05 (1)
        • SEKAPUR SIRIH

follower count

Follower

Blogger Gadgets
blogger by yatimahmood. Powered by Blogger.
 
Free Daisy Walking ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
best blogger tipsGet snow effect

Counting Till 2012 »»